Pantun Perpisahan
hari ini menugal jagung
hari esok menugal jelai
hari ini kita berkampung
hari esok kita bercerai
dari mana hendak ke mana
tinggi rumput dari padi
hari mana bulan yang mana
dapat kita bertemu lagi
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib kusangka mati
kalau mati mana kuburnya
batang selasih permainan budak
berdaun sehelai dimakan kuda
bercerai kasih bertalak tidak
seribu tahun kembali juga
orang aceh sedang bersembahyang
hari jumaat tengah hari
pergilah kasih pergilah sayang
pandai-pandai menjaga diri
mana manggung mana periaman
mana batu kiliran taji
tinggal kampung tinggal halaman
tinggal tepian tempat mandi
bintang barat terbit petang
bintang timur terbit pagi
jika tidak melarat panjang
ada umur ketemu lagi
hari esok menugal jelai
hari ini kita berkampung
hari esok kita bercerai
dari mana hendak ke mana
tinggi rumput dari padi
hari mana bulan yang mana
dapat kita bertemu lagi
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib kusangka mati
kalau mati mana kuburnya
batang selasih permainan budak
berdaun sehelai dimakan kuda
bercerai kasih bertalak tidak
seribu tahun kembali juga
orang aceh sedang bersembahyang
hari jumaat tengah hari
pergilah kasih pergilah sayang
pandai-pandai menjaga diri
mana manggung mana periaman
mana batu kiliran taji
tinggal kampung tinggal halaman
tinggal tepian tempat mandi
bintang barat terbit petang
bintang timur terbit pagi
jika tidak melarat panjang
ada umur ketemu lagi